KLIK SINI..TABUNG LINUS SKKT

MAKLUMAN

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT DATANG KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 BAGI TAHUN 2013.
Memaparkan catatan dengan label INFO LINUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO LINUS. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

Peranan Guru Bahasa/Guru Matematik/Guru Pemulihan

LINUS SKKT


 
1.1         Mengikuti kursus dalaman LINUS.
·         Dikendalikan oleh guru LINUS.
1.2         Membantu pelaksanaan dan penyelarasan semua Saringan.
1.3         Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus perdana.
1.4         Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS.
1.5         Membantu guru LINUS untuk mengenal pasti murid LINUS Tegar.
1.6         Merancang jadual waktu untuk murid LINUS Tegar.
1.7         Mengajar dan membimbing murid LINUS Tegar .
1.8         Menjalankan Diagnostik untuk murid LINUS Tegar.
1.9         Selepas saringan 2 Tahun 1 dan tahun berikutnya, guru pemulihan akan mengajar dan membimbing murid LINUS Tegar.

Peranan Guru LINUS

LINUS SKKT
 
          
1.1         Mengikuti kursus LINUS.
1.2         Melaksanakan P&P yang berkesan dan mengenal pasti murid LINUS.
1.3         Melaksanakan Diagnostik dan menganalisis dapatan Diagnostik. 
(Rujuk Lampiran 3a : Literasi dan Lampiran 3b : Numerasi)
1.4         Mentadbir kelas dengan baik.
1.5         Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS.
1.6         Melaksanakan Diagnostik. (Rujuk Lampiran 3a : Literasi dan Lampiran 3b : Numerasi)
1.7         Memfailkan data.
1.8         Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
1.9         Menyediakan sudut LINUS.

Rabu, 10 Ogos 2011

LITERASI & NUMERASI

Definisi Numerasi Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah  
Definisi Literasi Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian dalam Bahasa Malaysia Satu daripada National Key Result Area (NKRA) “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012”.

Program LINUS menyediakan instrumen saringan untuk menyaring, mengesan dan mengenalpasti penguasaan murid Tahun 1, 2 dan 3 .

REKABENTUK INSTRUMEN SARINGAN

Berdasarkan 12 konstruk (perkara) asas literasi dan numerasi yang merangkumi definisi literasi dan numerasi Kesemuanya tergolong dalam asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Murid yang menguasai kesemua 12 konstruk itu dianggap telah menguasai asas literasi dan numerasi. Murid yang tidak menguasai kesemua 12 konstruk itu akan melalui kelas pemulihan program LINUS atau kelas khas murid bermasalah pembelajaran.

Buku Panduan & Pengoperasian LINUS



Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM telah mengeluarkan Buku Panduan & Pengoperasian LINUS dan telah diagihkan ke semua sekolah. Sila pastikan sekolah tuan/puan telah memiliki buku berkenaan.

Buku berkenaan menjelaskan yang antara lain :
1. Latar belakang program LINUS
2. Peranan
2.1 FasiLINUS
2.2 Guru LINUS
2.3 Guru Pemulihan
2.4 Pentadbir Sekolah
2.5 Pegawai Pelajaran Daerah
2.6 Pengarah Pelajaran Negeri
3. Dokumentasi asas yang perlu disediakan dalam pengoperasian program LINUS
4. Carta alir pengoperasian program LINUS
5. Instrumen pemantauan LINUS
6. Borang-borang pelaporan prestasi individu (Numerasi/Literasi)
7. Perancangan strategik .

PROGRAM LINUS



PENGENALAN

Ministery Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Pembentangan konsep NKRA kepada YAB Menteri Pelajaran pada 10 Ogos 2009 memutuskan bagi mencapai MPKI 2, kemahiran guru dalam melaksanakan pemulihan dan bimbingan untuk mencapai literasi dan numerasi perlu ditingkatkan. LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di semua sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawabkan memberi latihan kepada guru dengan kerjasama semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui Bidang Matematik dan Bidang Bahasa Melayu di Sektor Pengurusan Akademik.

OBJEKTIF
1. Membimbing murid untuk mencapai literasi dan numerasi.
2. Memantau prestasi murid dalam Program LINUS.
3. Merangka program pemulihan pembelajaran murid LINUS.
4. Menjalankan kursus dalaman di sekolah khususnya kepada semua guru Tahap 1.

KUMPULAN SASARAN
Guru Tahap 1 Sekolah Rendah (Bermula dengan guru Tahun 1, 2010).

PELAKSANAAN PROGRAM
Pihak sekolah diminta mencalonkan wakil guru (seorang guru Literasi dan seorang guru Numerasi) kepada pegawai meja di Jabatan Pelajaran Negeri untuk menghadiri kursus LINUS peringkat negeri. Pada tahun 2010, kursus peringkat negeri dilaksanakan untuk guru Tahun 1 diikuti dengan guru Tahun 2 pada tahun 2011 dan guru Tahun 3 pada tahun 2012. Kursus ini dibimbing oleh Jurulatih Utama LINUS yang telah mendapat latihan pusat anjuran Bahagian Pendidikan Guru. Pengisian kursus melibatkan aktiviti ceramah, perbengkelan dan pembentangan. Guru tersebut wajib melaksanakan kursus dalaman kepada warga guru di sekolah khususnya kepada guru Tahap 1. Terdapat tiga peringkat saringan dijalankan setiap tahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan September untuk memantau prestasi murid LINUS. Murid LINUS yang tidak mencapai aras konstruk yang ditetapkan diwajibkan mengikuti program LINUS menggunakan Modul LINUS yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.

PENUTUP
Program LINUS merupakan satu pendekatan bersepadu yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal murid berada di Tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah dan PPD selaku "ownership" kepada pelaksanaan LINUS di daerah kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.