KLIK SINI..TABUNG LINUS SKKT

MAKLUMAN

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT DATANG KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 BAGI TAHUN 2013.

Rabu, 5 Disember 2012

MASALAH MEMBACA

LINUS SKKT  

MASALAH MEMBACA 

 

Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara .

Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M.

 Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan; Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah. Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.

 JENIS MASALAH BACAAN

 Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

 a) Membuang/meninggalkan (omission) Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut ’uah”, ”kering” disebut ”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; ”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.

b) Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute) Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion) Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya “buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut; ”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak.”

 e) Pembalikan (reversals) Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ; ”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

 f) Tidak kenal huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak- kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak- kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. g) Salah sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

 PUNCA MASALAH MEMBACA 

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar ,
 iaitu :

 i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
 iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar.

 Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak.

Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka.

 Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.

Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

Isnin, 3 Disember 2012

LAPORAN AKTIVITI 2012

LINUS SKKT



LAPORAN AKTIVITI 2012
PROGRAM LINUS
SK KESANG TUA
BIL
AKTIVITI
TARIKH / MASA /
TEMPAT
PENYERTAAN / PENGLIBATAN
1
Taklimat Kepada ibu bapa
Jan./ Kantin
Ibu bapa murid
Tahun 1
2
Menubuhkan  AJK
Dis. 2011
GPK 1
3
Mesyuarat

GPK1, AJK Linus
4
Ujian Diagnostik
Hari Orientasi/Kelas tahun 1
Murid Tahun 1

5
Minggu Suaikenal

2 minggu
Murid Tahun 1

6
Ujian Saringan
Mac
Murid Tahun 1,2,3

7
Kelas Masa Cuti
Perpustakaan
Murid Linus
 tegar & linus

8
Kelas pemulihan
Kelas Pemulihan
Murid Linus Numerasi Tahun 2

9
Mewujudkan sudut
Linus
Kelas tahun  1
Guru Kelas tahun 1

10
Mewujudkan sudut
 Linus
Perpustakaan
Guru Perpustakaan

11
Ujian Saringan Khas

Semua Murid Tahun 2 & 3

12
Pembelajaran
 mengikut
Modul Linus
Kelas Tahun 1, 2 & 3
Murid Tahun 1,2, & 3

16
 Ujian Saringan
Julai

Murid Tahun 1,2 & 3
17
Kelas masa cuti
Perpustakaan
Murid Linus tegar & linus
18
Ujian Saringan
Okt

Murid Tahun 1,2 & 3
   19
Anugerah LINUS
Hari Q – Nov.
Murid yang meningkat ketara menguasai konstruk
   20
Persidangan Linus Antarabangsa
26-28 Nov./Kota Kinabalu
Penyelaras Linus-peserta

Disediakan oleh,
Pn. Patimahtun Zaharah Abd. Jalil
Penyelaras LINUS 2012                                                                                                       http://linusskkt.blogspot.com 

Ahad, 2 Disember 2012

PERSIDANGAN LINUS ANTARABANGSA 2012

LINUS SKKT

 Salam semua, penyelaras Linus SKKT telah terpilih untuk menyertai Persidangan LINUS Antarabangsa 2012 bertempat di Hotel Promenade,Kota Kinabalu, Sabah pda 25-28 Nov. 2012 yang lalu.

Sebanyak 8 kertas kerja yang telah dibentangkan dan dibincangkan dalam kalangan pengamal-pengamal LINUS. Pelbagai strategi,kaedah dan amalan yang telah dikongsi bersama untuk diaplikasikan dalam amalan pedagogi terbaik bagi murid-murid LINUS.

Semoga peningkatan penguasaan konstruk akan terus dicapai oleh semua pelajar dan dapat mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid.

Pembentang kertas kerja ialah terdiri daripada :

 1. Dr. Susie Groves , Deakin Univ.
2. Prof Madya Dr Hjh Nurani bt Yusoff, UUM
3. Dr Dahlia Janan, UPSI
4. Dr Swee Fong Ng, Nanyang Tech U, Sgpore
5.Dr Sutanto, Universitas sebelas Maret,Yogjakarta,Indonesia
6.Dr Fong Ho Kheong,SEAMEO,RECSAM,Penang
7.Prof. Dr. David Wray, Univ of Warwick,UK
8.Cik Zunaida Begum, Aidan Rush Speech Therapy Practice,Sgpore.

bersama En Sharim..
Dr Sutanto sedang membentang kertas kerja..Matematik terapan
pameran BBM daripada guru LINUS Sabah
KARDAM
BBM untk Numerasi
Kertas kerja yang dibukukan