LINUS SKKT
.
KLIK SINI..TABUNG LINUS SKKT
MAKLUMAN
Ahad, 6 Januari 2013
Ahad, 23 Disember 2012
UNSUR DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
LINUS SKKT
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Istilah
didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR
pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti
didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau
semasa penutup sesi P&P.
Definisi
Didik
Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Bercerita - contoh didik hibur |
Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan
didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009
yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan
Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan,
manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil
menjelang tahun 2012.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara
ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
(i)
Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan,
ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
(ii)
Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan
berhibur.
(iii)
Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan
tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari
berikutnya.
(iv)
Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh
main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting,
arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk
menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(v)
Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran
atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti
p&p.
(vi)
Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting
berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan
santai.
(vii)
Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau
berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.
(viii)
Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
(ix)
Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan
terkawal.
(x)
Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa
tubuh.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik
Hibur : Guru
Kejayaan
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada
kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi,
iaitu:
(
i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan
murid
(
ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
(iii)
Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
(iv)
Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
(v)
Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai
aktiviti.
(vi)
Guru boleh membuat pelbagai suara.
(vii)
Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
(viii)
Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
(ix)
Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
(x)
Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel
Aktiviti
Didik Hibur
Kejayaan
didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa
merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
(
i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak
diajar.
(
ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang
budaya yang sama.
(
iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
(
iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama
murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.
(
v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara
murid.
(
vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh
murid.
(
vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada
mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin
murid.
Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara
jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan
pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang
digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran
Artikel
ini saya salin daripada portal KSSR yang ditulis oleh Dr . Zailah Zainudin,
IPG Kampus Raja Melewar
tq juga kpd blog cikguhijau
Rabu, 5 Disember 2012
STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
LINUS SKKT
iv. Kaedah abjad/huruf
v. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
vi. Kaedah fonik/bunyi
vii. Kaedah Gabungan Bunyi-kata
viii. Kaedah VAK
ix. Kaedah pelbagai deria - VAKT
x. Kaedah Fernald
xi. Kaedah Gillingham
STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Kaedah Mengajar Bacaan
iv. Kaedah abjad/huruf
v. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
vi. Kaedah fonik/bunyi
vii. Kaedah Gabungan Bunyi-kata
viii. Kaedah VAK
ix. Kaedah pelbagai deria - VAKT
x. Kaedah Fernald
xi. Kaedah Gillingham
Kaedah Abjad/huruf
Kaedah
ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja
dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal
nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali
huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai,
au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas
itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya
perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Kekuatan
kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga
membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum
dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam
membaca.
Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan
Kaedah
ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun
guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa
Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan
perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang
membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main,
emak, bapa dan sebagainya.
Guru
akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang
menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan
adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini
tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya
murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan
fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu
bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi
perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf
”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]
Kaedah Fonik/bunyi
Kaedah
fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.
Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.
Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri
daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut
kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan
diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan
perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus
dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata
yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ]
dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
Kaedah gabungan bunyi – kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah
ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini
murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf
digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu
membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah
perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).
Contoh;
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
a
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
v.
Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil
menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan
seterusnya murid menulis huruf-huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).
Hubungan
antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu
dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat
diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal
pula.
KESIMPULAN
Keupayaan
membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah
memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah
memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.
Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak
mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian
pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi
kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk
kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat
sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu
kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran
dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang
telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka
guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.
Labels:
Masalah membaca
Langgan:
Catatan (Atom)