Istilah
didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR
pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti
didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau
semasa penutup sesi P&P.
Definisi
Didik
Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Bercerita - contoh didik hibur |
Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan
didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009
yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan
Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan,
manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil
menjelang tahun 2012.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara
ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
(i)
Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan,
ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
(ii)
Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan
berhibur.
(iii)
Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan
tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari
berikutnya.
(iv)
Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh
main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting,
arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk
menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(v)
Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran
atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti
p&p.
(vi)
Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting
berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan
santai.
(vii)
Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau
berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.
(viii)
Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
(ix)
Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan
terkawal.
(x)
Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa
tubuh.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik
Hibur : Guru
Kejayaan
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada
kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi,
iaitu:
(
i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan
murid
(
ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
(iii)
Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
(iv)
Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
(v)
Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai
aktiviti.
(vi)
Guru boleh membuat pelbagai suara.
(vii)
Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
(viii)
Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
(ix)
Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
(x)
Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel
Aktiviti
Didik Hibur
Kejayaan
didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa
merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
(
i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak
diajar.
(
ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang
budaya yang sama.
(
iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
(
iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama
murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.
(
v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara
murid.
(
vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh
murid.
(
vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada
mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin
murid.
Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara
jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan
pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang
digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran
Artikel
ini saya salin daripada portal KSSR yang ditulis oleh Dr . Zailah Zainudin,
IPG Kampus Raja Melewar
tq juga kpd blog cikguhijau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan