KLIK SINI..TABUNG LINUS SKKT

MAKLUMAN

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT DATANG KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 BAGI TAHUN 2013.

Jumaat, 15 Jun 2012

TEKNIK MENULIS YANG BETUL

LINUS SKKT

  • Minggu Ke-4 dan ke-5 : Mewarnakan gambar, menyambung titik-titik membentuk gambar, menyambung garisan putus-putus membentuk abjad. Tujuannya untuk membiasakan murid memegang pensel dengan cara yang betul dan menulis atau mewarna mengikut arah yang sesuai. Tujuan lain juga adalah untuk melembutkan tangan murid ketika memegang pensel agar tidak terlalu kaku. Latihan ini dapat memperbetul koordinasi mata dan tangan. Pada minggu ini juga, postur duduk murid dibetulkan supaya mereka tidak salah semasa menulis. Menulis mesti dalam keadaan menegak, bukan kepala disengetkan. Cara memegang pensel juga harus diperbetul. Tidak boleh pegang terlalu pendek atau terlalu panjang.

    • Minggu Ke-6 dan ke-7 :Menulis abjad di papan putih, menulis abjad di dalam buku bergaris, menulis suku kata di dalam buku. Bimbingan menulis secara individu, guru akan bantu murid menulis dengan memegang tangan murid dan membimbing murid menulis abjad mengikut arah yang betul. Mulakan dengan menulis abjad yang mudah seperti huruf ‘a’, ‘c’, ‘i’, ‘l’, ‘t’, ‘v’ dan ‘u’.
    • Minggu ke-8 : menulis suku kata ‘kv’ dan ‘kvk’. bimbingan berterusan daripada guru. Jika murid melakukan kesilapan semasa menulis, jangan izinkan murid memadam kesalahan itu. Biarkan kesalahan itu dan minta murid menulis di tempat yang baru. Kemudian minta murid bandingkan tulisan yang mana lebih baik. Minta murid ulang tulis suku kata atau perkataan yang betul dengan kerap. Ingatkan murid supaya lebih berhati-hati semasa menulis dan kurangkan kesilapan. Sentiasa berada di sisi murid setiap 10 minit untuk memastikan murid menulis mengikut arahan.
    Seterusnya, kita mula mendapat hasil bagi dua orang murid yang dapat memahami konsep menulis. Mereka mula menunjukkan peningkatan dalam aspek menulis. Walaupun masih ada kesalahan, tetap dibenarkan   murid ini memadam kesalahan dan memperbetulkannya kerana mereka sudah tahu bagaimana hendak menulis abjad mengikut bentuk dan arah.


    TEKNIK MENULIS


    Gambar di bawah merupakan tulisan daripada salah seorang murid  yang kita dapat lihat cara atau pun teknik menulisnya kurang betul. Sebagai guru, dapatkah anda kesan apakah kesalahan dilakukan murid semasa menulis ini?

    Gambar ini diambil dari sudut murid melihat dan dalam masa yang sama juga menulis. Kesilapan yang ketara apabila kita dapat lihat tulisan murid tidak betul, condong, terlalu jarak dan tidak boleh dibaca.

    Faktor ini disebabkan cara menulis murid yang dilihat :
    1. tangan yang menulis itu menutup penglihatan menyebabkan murid tidak nampak huruf apakah yang hendak ditulis.
    2. apabila penglihatan semasa menulis terhad, murid akan tundukkan kepala dan menulis pada jarak meja dan kepala terlalu rapat. Keadaan ini menyebabkan murid mengeluh keana sakit leher.
    3. Cara murid memegang pensel yang terlalu tegak juga menyebabkan jarak penglihatan murid menjadi terhad
    Murid sudah terbiasa dengan cara menulis yang seperti ini. Jika tidak diperbetul, maka sampai bila-bila murid akan terbiasa dengan cara dan kaedah menulis yang tidak betul ini.
    Sebagai guru, gunakan pengalaman anda menulis untuk memperbetul cara memegang pensel, cara duduk semasa menulis dan jarak penglihatan pada postur menulis yang betul.
    Bagi murid yang baru belajar menulis, jangan terlalu mendesak murid atau mengaharapkan mereka boleh terus menulis dengan cantik dan kemas. Ia akan mengambil masa untuk murid belajar biasakan diri dengan kaedah dan teknik menulis yang betul

    topik berkaitan kemahiran menulis yang sering kali menjadi dilema para pendidik termasuklah ibu bapa. Mari kita perhatikan gambar di bawah. Apakah yang dapat anda nyatakan daripada cara murid menulis berdasarkan gambar tersebut?
    Ini adalah sebahagian murid yang tidak tahu menulis secara mendatar semasa menulis di meja masing-masing. Alasan diberi adalah tulisan tidak sama dengan guru kerana tulisan guru menegak di papan putih, di meja mereka pula secara mendatar.
    Perkara ini adalah perkara biasa dan guru perlu sentiasa membiasakan murid menulis di meja masing-masing berbanding menulis seperti cara di atas kerana ia akan memungkinkan kesilapan menulis yang lebih banyak selain melengah-lengahkan masa untuk menyiapkan kerja yang diberi.

    Sumber : cikgu norhaidi

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan