KLIK SINI..TABUNG LINUS SKKT

MAKLUMAN

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT DATANG KEPADA MURID-MURID TAHUN 1 BAGI TAHUN 2013.

Jumaat, 16 November 2012

Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu : Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur

LINUS SKKT

Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) adalah satu kaedah pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan kawalan vokal ( ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za). 
Kaedah-kaedah lain seperti Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Gabungan Bunyi Kata, Kaedah Eklektik adalah berasaskan kawalan konsonan ( ba, bi, bu, be, bo).
Kaedah KVB mendedahkan kesedaran makna dan fonik secara serentak dan berstruktur dan sistematik. Ia disesuaikan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kaedah fonik didapati lebih banyak membantu kanak-kanak dalam kemahiran bacaan awal berbanding kaedah bukan fonik. Kaedah pengajaran fonik yang bersistematik sangat baik untuk kanak-kanak prasekolah dan tadika.


Contoh pengajaran menggunakan kaedah KVB
  1. Guru memperkenalkan nama dan bunyi huruf [m], [a], [t], [s] dan [y] melalui perkataan (m,a,t,a,) dan (s,a,y,a).
  2. Murid membatangkan suku kata bermula dengan vokal /a/ (tanpa mengeja). Contoh: ma, ta, sa, ya 
  3. Murid membina perkataan. Contoh: mata, mama, saya 
  4. Murid membaca ayat mudah. Contoh: mata saya, mata mama, mata mama saya
Sumber rujukan: Buku Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah & blog cikgu hijau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan