Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut
Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.
Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
a) Sistem
ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan
yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
b) Suku kata
perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa
lain – dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri
yang baik daripada ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ boleh digabungkan.
d) Murid-murid
Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai
perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca.
Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu
murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka
membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru tidak begitu perlu
memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara
tertib biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca.
Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh berikut:
1. Mulakan
dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali,
selang-seli.
2. Kemudian
perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k, m dengan menggunakan kad imbasan,
dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi
tiap-tiap lambang itu dengan jelas.
3. Gabungkan
bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata:
da di du ka ki k u sa si su
4.
Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:
ba..... ba.... baba
bu..... bu.....bubu
da..... da..... dada
ku..... ku..... kuku
5. Ulangi langkah
ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih
murid membacanya:
baba bubu
dada kuku
6. Perkenalkan
gabungan lain:
a ..... ku..... aku
a..... da..... ada
i..... ni..... ini
i..... tu...... itu
bu..... ku..... buku
ba..... ba..... baba
bu..... ka..... buka
ba..... ju..... baju
7. Suruh
murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:
aku ada buku
aku buka baju
ini buku aku
itu baju aku
8.
Kemudian gantikan ‘aku’ dengan ‘baba’ dan ulang membacanya.
9. Seterusnya
baca ayat-ayat ini pula:
buku dia
buku baba
buku aku/ku
10. Gantikan
‘buku’ dengan ‘baju’, ‘baju’, dan ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.
11. Perkenalkan
gabungan bunyi lain pula seterusnya.
i ... bu ..... ibu
bu ... di ..... budi
u ... da ..... uda
budi ibu
budi ibuku
budi uda
di ... a ..... dia
ka ... ki ..... kaki
kaki dia
kaki ibu
kaki kuda
12. Suruh
murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta:
ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
buku uda
Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal
huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan
ayat yang dibentuk daripadanya.
Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.
*** Artikal ini saya perolehi dan ubahsuai daripada laman blog Pelangi Petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan